Wednesday, 19 April 2017

Setelah Lama Berdiam Diri, Ini Respon Salma Tentang Isu Suaminya Azri AF Dera Anaknya

Tags

AKHIRNYA Setelah Lama Berdiam Diri, Ini Respon Salma Tentang Isu Suaminya Azri AF Dera Anaknya



Sejak kebelakangan ini, kecoh tentang isu tuduhan penyanyi dari Akademi Fantasia musim ke-9 (AF9), iaitu Azri AF di hadapkan ke mahkamah atas tuduhan mendera anak tirinya.

Anak tirnya itu bernama Putri Nurul Huda berumur 10 tahun merupakan anak Salma Mentor dengan suami terdahulu.

Dari tuduhan yang dibacakan, Azri AF dikatakan telah mencelup kedua-dua belah tangan mangsa ke dalam air panas pada tahun lalu.

Ramai yang tertanya apa respon si ibu iaitu Salma Mentro tentang hal ini.

Salma yang diasak dengan pelbagai persoalan bagaimanapun tidak dapat memberikan sebarang komen lanjut mengenai kes tersebut atas nasihat peguam suaminya.

Akhirnya Salma ada membuka sedikit cerita apabila kes ini mendapat liputan hangat.

Katanya sebagai ibu dia tidak mungkin sanggup melihat anak kandungnya didera sesiapapun.

Namun, kata Salma, hubungan anaknya itu dengan suaminya Azri sebenarnya amat rapat.

Malah Putri dikatakan sedih apabila melihat berita ayahnya menderanya keluar televisyen,

Ini komen Salma:

"Sebagai ibu takkan saya nak biarkan anak didera. Kalau baca komen-komen di media sosial itu memang sakit hati, sebab mereka tak tahu apa-apa. Saya serahkan perkara ini kepada pihak yang lebih adil.

"Putri memang mengalami kulit sensitif sejak kecil. Saya tak boleh bagi komen lebih lanjut. Tunggu sahaja laporan lengkap. Cuma apa saya boleh cakap, hubungan Azri dan Putri sangat rapat. Malah, lebih rapat daripada dengan saya,".

"Putri bila tengok berita tentang ayahnya ditayangkan di televisyen, dia terus menangis. Tapi tak apa, ini semua ujian daripada Tuhan.
 Saya sendiri pun terkejut dengan apa yang berlaku tapi saya reda dan berserah kepada Allah," 



Sepanjang perkahwinan dengan Azri selama 3 tahun, Salma berasa cukup bahagia dan mereka tidak mempunyai sebarang masalah.

Salma terkejut dengan apa yang berlaku dan menganggap ia adalah ujian buat dirinya.


EmoticonEmoticon