Wednesday 19 April 2017

"Lelaki Boleh Berubah Tiba-Tiba.. Bila Ditendang Suami Kita Ada Tempat Berteduh" - Anzalna

Tags

"Lelaki Boleh Berubah Tiba-Tiba.. Bila Ditendang Suami Kita Ada Tempat Berteduh" - Anzalna





Anzalna Nasir telah tampil memberi nasihat kepada para kaum hawa supaya tidak terlalu bergantung harap sepenuhnya pada suami.

Walaupun menikmati kebahagiaan dalam berumah tangga namun tiada siapa dapat menjangka apa yang berlaku di kemudian hari.

kaum wanita bekerja adalah untuk persedian di kemudian hari dan juga untuk mengurangkan beban suami.

Ini komennya:

KENAPA BEKERJA

“Lelaki boleh berubah tiba-tiba. Walaupun saya nampak Hanif sangat sempurna dan tidak buat masalah langsung. Saya seperti wanita terbahagia di dunia.

“Bagaimana jika suami kita meninggal dunia? Perlu ada duit dan harta sendiri seperti rumah dan kereta atas nama kita.

“Supaya, bila ditendang suami, kita ada tempat berteduh,”

“Saya bekerja untuk duit saya membeli belah. Tidaklah suami kata saya hanya goyang kaki sahaja,” 


TENTANG ANAK

“Saya tidak merancang sebab katakanlah saya merancang tahun depan, tetapi tidak ada, kami akan kecewa. Saya sekarang bertenang dan nikmati kehidupan.

“Bila orang tanya soal anak, maknanya mereka mengambil berat. Kami tidak boleh rasa tertekan tetapi berasa mereka mengambil berat.

“Ia seperti jodoh, Allah tentukan. Kalau ada, alhamdulillah.


Anzalna menjelaskan bahawa perkahwinannya masih di peringkat awal. Dia masih puas bersama suaminya.

Untuk pengetahuan, Anzalna bernikah dengan suaminya Hanif Zaki pada Februari 2016.

Mereka berkahwin selepas sepuluh tahun menjalinkan ikatan persahabatan.


EmoticonEmoticon