facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

Kisah Cinta Sejati Seorang Suami, Setiap Hari 'Lunch' Di Sebelah Kubur Isterinya, "Isteri Saya pertama Dan Selamanya"


Selalu kita melihat kisah sweet dipaparkan di media, kisah artis itu ini lakukan sesuatu yang diimpikan oleh wanita kepada pasangannya.

Namun, ianya hanyalah sweet di dunia semata-mata, tetapi apa yang diceritkana oleh Imam Masjid Seksyen 13, Shah Alam, Ustaz Muaawidz Al -Ansor Dzulkefly sungguh membuktikan cinta sejati itu wujud dan berkali-kali sweet berbanding yang ada di dunia ini.

Jom kita baca.

Jika anda bertanya apa itu Cinta Sejati love tilljannah, saya ingin kongsikan sebuah kisah benar yang saya alami sendiri. Kisah benar ini bukanlah kisah saya, tetapi kisah cinta seorang suami di dalam gambar ini.

Sebaik sahaja kami selesai menguruskan jenazah ahli kariah seksyen 13 di tanah perkuburan seksyen 21 shah alam, saya segera mendapatkan pusara nenek untuk diziarahi.

Sedang mencari-cari pusara nenek, seorang abang yang kacak (masya Allah) menghampiri saya lalu menyapa "Assalamualaikum ...Cari kubur siapa tu ustaz? Deretan ni kebanyakannya yang meninggal bulan mei & april 2015."

Mendengar kata-kata itu tadi saya agak kagum dengan lelaki tersebut. Lagak pakaiannya tidak langsung menunjukkan dia bekerja di tanah perkuburan ini. Tidak sempat saya bertanya, lelaki ini mula membuka kisahnya.

Tiap-tiap hari pergi kubur

Abang kacak : "Heh..ustaz tak perlu pelik, saya ke tanah perkuburan ni hampir tiap-tiap hari, dulu KAMI tinggal di Shah Alam, tapi sebab anak dah masuk sekolah kat KL, SAYA decide pindah ke KL jugak lah untuk dekat dengan satu-satunya anak saya ni."


Saya : "Owh ye ke. Kalau dah tinggal dekat KL, macam mane pulak abang boleh datang sini hampir tiap-tiap hari"? Dekat kubur ni ada waris ke yang dikebumikan di sini"?

Abang kacak : "Kebetulan memang saya bekerja dekat seksyen 21 ni je..so setakat menyinggah memang tak de masalah" (sengih).


"Erm..alang2 ustaz dah tanya..saya cite sikit ye..itu pun kalau ust ada maselah"
Saya : (angguk2x)

Dia isteri pertama dan terakhir saya

Abang kacak : "Sebenarnya...kubur yang saya ziarah ni bukan setakat waris saya ustaz...dialah pelengkap hidup saya...dialah penyeri hidup saya...senang cite dialah isteri saya yang pertama dan selama-lamanya yang terakhir untuk saya ustaz."

"Sepanjang dia hidup dia tak pernah mengeluh bila kami hidup susah, apatah lagi meminta-minta kerana dia tahu saya belum cukup mampu untuk beli itu ini buat masa tu".

"Sampailah satu hari, bile kami dapat tahu dia jatuh sakit, hidup kami semakin susah, bayangkanlah duit gaji habis dekat kot kos rawatan saje., belum kos lain-lain lagi, masa tu saya hampir putus mengharap tapi wife pulak yang kuatkan saya".

"Dua tiga hari sebelum wife meninggal, dia ada tanya satu soalan."

Arwah isteri: "Cuba abang bagitau sayang, sebesar mana cinta abang dekat sayang?"

Abang kacak : "Cinta abang kepada sayang seluas jarak abang hidup di dunia dan sayang hidup di syurga"

Ketika itu tidak ada ungkapan melainkan hanya tangisan... Saya menjabat tangannya dan cuba menenangkannya dengan berkongsikan sebuah hadis Nabi s.a.w (boleh baca di bawah untuk rujukan)
Beliau menerima hadis tersebut dengan gembira dan meminta agar saya tuliskan kepadanya hadis tersebut untuk menjadi ingatan buatnya.

Bawa bekal, setiap hari makan tepi kubur isteri

Begitulah sebuah pertemuan singkat tetapi cukup mengajarkan kepada kita erti cinta yang abadi. Di akhirnya saya sempat bertanya kepada beliau, "abang datang sini bawak bekal ke?, Nampak macam tupperware je?",

Abang kacak itu tersenyum, katanya "waktu lunch hour, memang saya akan makan kat sini"
Saya tergamam, inilah cinta sejati, inilah love tilljannah

Rujukan hadis :

"Jika kamu ingin menjadi isteriku di syurga maka jangan menikah lagi sesudah ku : kerana wanita di syurga bersama suaminya yang terakhir di dunia oleh kerana itu Allah mengharamkan kepada isteri-isteri Nabi untuk menikah lagi sesudahnya kerana mereka adalah isteri-isteri Beliau di syurga,” H.R al-Baihaqi

Hadis ini walaupun disabdakan khusus untuk isteri2 Nabi s.a.w namun maksud yang cuba disampaikan applicable juga Untuk kita yakini dan kita hajati. Syaratnya kedua2 pasangan kejarlah syurga Allah untuk mendapat #love #tilljannah.

Sumber: Positive Parenting

'Saya percaya dia balik lambat kerana overtime, rupanya overtime zina dengan officemate'


Salam admin, semoga kisah ini memberi ibrah buat semua. Terima kasih daun keladi.

ASALKAN KAU BAHAGIA

Saya amat mencintai suami saya, meskipun dia bukan cinta yang pertama. Awal pernikahan, segalanya indah. Dia menjanjikan bulan dan bintang. Setia sampai ke akhir hayat. Saya amat percaya dan demi Allah saya amat mencintainya. Justeru, Dia menguji saya dengan kecurangan suami. Allahuakbar.

Dalam tempoh saya menjadi kekasih halalnya, dia turut mempunyai kekasih gelap di luar sana iaitu officematenya sendiri. 

Suatu hari, suami terlelap dan terlupa padamkan handphonenya. Handphone pula asyik bergetar. Entah berapa kerap, membuatkan hati tergerak nak tengok sebab dada ini tiba-tiba terasa berdebar-debar. 

WhatsApp dari seorang perempuan. Tapi nama yang disimpan adalah nama lelaki! Mustahil lelaki ajak hisap 'barang atas bawah dia'. Saya skrol ke bawah semua WhatsApp dari perempuan itu dan suami. Gambar bogel mereka, gambar zina mereka, voice message semasa mereka berzina. 

Allahuakbar, hancur lulu hati sampai terduduk saya dibuatnya. Saya tak sangka suami yang saya percaya, iblis rupa-rupanya. Dia sudah terlalu jauh tersasar, terlalu enak mengusung dosa besar. Zina sudah menjadi kewajipan bagi mereka berdua dan dosa mereka ini sudah berlarutan sejak setahun lalu, ketika saya baru bergelar isteri!

Saya akui saya bukan isteri yang gemar mencari kesalahan suami. Saya percaya jika suami berbuat salah, pasti Allah akan gerakkan hati ini untuk tahu. Itulah naluri. 

Selama ini saya tumpahkan sepenuh percaya. Saya percaya dia balik lambat kerana overtime. Tetapi rupa-rupanya overtime zina! Mulai saat itu, saya tetap berlagak biasa dan suami pun terus dengan lakonannya yang paling hebat untuk abad ini. Memang layak mendapat Grammy Award. 

Sehinggalah suatu hari, saya mengajak empat orang kawan baik saya ke pejabat suami. Dua lelaki dan dua perempuan. Saya pergi tanpa pengetahuan suami. Sampai sahaja di pejabatnya, saya terus bertanya nama perempuan itu. Saya tunjukkan juga gambarnya yang dikirim kepada suami saya bagi kepastian agar saya tidak tersilap orang. 

Akhirnya kami bertemu empat mata. Saya lihat ekspressi terkejut pada wajahnya yang bermake up tebal itu. Dia kenal ke saya? Hah, mungkin. Kecut perut dah agaknya. 
Tanpa banyak bicara, saya tarik tangan dia. Terpinga-pinga dia. Staf yang lain kiri kanan tertoleh-toleh kehairanan. Terus saya bawa perempuan itu ke meja suami saya sambil diekori kawan-kawan saya dan staf yang lain. Segala persoalan perempuan itu saya tak jawab, saya pekakkan teliga. 

Di hadapan meja suami, dengan tenang sambil disaksikan semua orang, saya berkata,

"Saya pinangkan kekasih abang ini untuk abang supaya kalian tidak terus terjerumus ke kancah zina."

Suami saya terketar-ketar, sekejap saja dia menangis dan melutut di depan saya. 

"Maafkan abang, sayang. Abang salah," rayunya. 

"Apa salah saya? Apa kurang saya? Apa dosa saya sampai abang tergamak menipu dan curang pada saya?" soal saya. 

"Sayang dah cukup sempurna," jawabnya. 

"Tipu! Kalau saya ini sudah cukup sempurna, mengapa abang curang?" 

"Abang mengaku salah..." katanya. 

"Setakat bercinta mungkin saya boleh terima. Tetapi kalian hanya kurang akad dan nikah sahaja. Selebihnya kalian sudah bergaul macam suami isteri. Terus terang, saya jijik!" 

Hati saya sudah amat terluka ini takkan mungkin dapat dipujuk lagi. Lebih-lebih lagi dengan pengkhianatan sebesar itu. Berzina kot? Bukan sekali tetapi berkali-kali. Yang haram dipuaskan, yang halal ditipu. 

"Izinkan saya pulang ke rumah mak ayah saya dan selamat pengantin baru." 

Air mata saya jatuh saat berlalu pergi. Saya sempat mengucup tangannya. Dia takkan tahu betapa sakitnya hati yang dilukai, betapa seksanya cinta yang dikhianati. 

Setahun sudah berlalu dan saya kini bahagia, lebih bahagia berbanding sebelumnya. Ada rahsia dan hikmah mengapa Dia tidak memberikan saya zuriat. Saya kini sedang menyambung pengajian dalam PhD. Alhamdulillah. 

Status saya? Ya, saya janda dan bekas suami kini meroyan dan mahu kembali pada saya. Benar saya amat mencintainya, mengasihinya tetapi itu dulu. 

Maaf, bekas suamiku. Saya harap awak tahu yang saya takkan jilat ludah saya semula. Berbahagialah dengan perempuan pilihan awak itu. 

Nota: Apakah susah untuk setia? Orang yang curang adalah orang yang kufur nikmat kerana tak tahu bersyukur. Apatah lagi untuk menghargai. Amanah yang diberi, disia-siakan. Yang haram dibangga-banggakan. Yang halal tidak diendahkan. Itulah bakal penghuni neraka.

'Maafkan ibu sayang. HB Low jadi punca ibu hilang sayang...'

Saya Aliya. Sejak kecil sampailah dewasa, saya sentiasa elakkan makanan seperti sayur dan buah-buahan sebab tak suka. Kalau telan, rasa nak muntah. Kalau pesan makanan panas, saya akan asingkan dulu semua sayur termasuk bawang putih, barulah saya makan.

Pendek kata, semua jenis makanan berkhasiat, saya susah nak telan. Ya, salah saya. Supplement pun saya tak ambil sebab tiada ilmu mengenai kepentingannya. 

Ini pengalaman kehamilan saya disebabkan tidak mengambil peduli mengenai semua perkara ini. 

Saya menghidap HB Low disebabkan lifestyle saya yang tak teratur, selain menghidap thalassaemia. Seperti wanita lain, ketika kita disahkan hamil, keindahan dan kebahagiaan itu jelas terasa. Tak sabar rasanya nak merasa denyut nadi dalam rahim ini. 

Saya dan suami sudah rancang bermacam-macam untuk anak. Kami juga rancang nak masukkan anak kami ke sekolah tahfiz dan menuntut di Al-Azhar. 

Dalam keseronokan itu, saya dimaklumkan oleh doktor bahawa anak di dalam kandungan saya tiada denyut nadi. Selain tahap hemoglobin (HB) saya ini rendah, saya juga berdepan dengan jangkitan pada rahim (cervical incompetence) yang memungkinkan saya berdepan dengan keguguran itu. 

Allah.. baru semalam kami bercakap mengenai masa depan anak ini, tetapi hari ini kami sekeluarga bersedih. 

Anak ibu cukup sifat sayang. Anak ibu nampak comel di atas tapak tangan ibu tetapi anak ibu sudah tiada nadi. 15 minggu anak ibu bersama ibu. Bermainlah anak ibu di dalam syurga yang kekal abadi. Luluh hati saya pada ketika itu. 

Doktor kata, HB ini adalah pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Disebabkan saya mengalami anemia, tisu seluruh badan kurang kandungan oksigen dan kurang tenaga. Bila saya pun tidak cukup oksigen, macam mana saya nak berkongsi dengan anak? Allahuakbar.  Salah saya.
Walaupun Allah pinjamkan anak ini buat kami sekejap sahaja, tetapi kesannya begitu mendalam sebab pakaiannya semua kami dah beli. 

Tahun berikutnya, saya disahkan  hamil anak kedua. Alhamdulillah walaupun HB saya misah rendah) tetapi mendapat pemantauan khas dari Klinik Kesihatan ibu dan anak. Semasa kehamilan kedua ini, semuanya okey kecuali masa kandungan mencecah 34 minggu, tumbesaran anak saya berhenti. 

Memasuki minggu ke-37, bayi saya tidak menunjukkan sebarang respon dan kurang bergerak. Allah, apa pula kali ini? Kes saya dirujuk ke HKL. Doktor meminta saya melahirkan bayi segera bagi mengelakkan risiko yang tidak diingini berlaku. 

Saya bersyukur pada masa itu sebab doktor dan jururawat semuanya beri kata-kata semangat dan mendoakan saya. Betullah, masa kita tengah down, pelukan adalah antara rawatan terbaik. Jururawat yang melihat saya sedih dan menangis, mereka datang dan peluk saya. Sedikit sebanyak mengurangkan beban. 

Alhamdulillah, saya selamat melahirkan anak perempuan dengan berat 2.06 kilogram selepas lapan jam induce. Ingatkan semua dah selamat. Doktor memaklumkan anak saya hanya mempunyai sebelah buah pinggang sahaja. 

Allah, walaupun saya makan dan minum pelbagai jenis makan yang kaya dengan zat besi. Namun saya berdepan juga masalah kesihatan ini disebabkan saya pembawa thalassaemia. Kalaulah dari kecil saya jenis makan sayur dan buah, sekurang-kurangnya saya boleh bantu elakkan ini semua walaupun sedikit."

Bagi wanita yang mahu hamil, tolonglah ambil tahu tentang HB anda ini kerana kesakitan bila kehilangan anak ini sungguh lain sekali. Dan sebelum berkahwin, tolonglah buat ujian saringan thalassaemia. Ia sangat penting untuk elakkan masalah seperti yang berlaku pada saya. 

Perkongsian ini mendapat kebenaran dari pemilik laman 9 bulan 10 hari. Anda dilarang 'copy paste' artikel ini tanpa kebenaran penulis asalnya. 

Kalau ada masalah dengan isteri, kena perbaiki hubungan, bukannya buang atau cari yang lain


Selalu org cakap dalam rumahtangga kalau ada masalah antara ibu dan menantu, orang akan cakap-ibu hanya ada satu,isteri boleh cari lain.

Tapi mak saya pantang dengar ayat ini. Mak cakap, ibu hanya ada satu, isteri yang dinikahi sekarang pun hanya ada satu. Kerana ibu, jangan sampai buang isteri. Kerana isteri, jangan sampai buang ibu. Kita wajib taat pada ibu kita tetapi berdosa kalau kita aniaya isteri kita.

Mak selalu pesan pada adik-adik lelaki bahawa sebagai lelaki kena ada pendirian dan bersikap bijak. Kena tahu seimbangkan antara dua. 
Mak kata kalau ada masalah dengan isteri, kena baiki bukan buang atau cari lain. Jangan sesekali ada dalam fikiran bahawa bini boleh cari lain kalau terjadi apa-apa pertelingkahan dalam keluarga. Walaupun hakikatnya memang bini boleh diganti lain kerana tak ada seorang ibu dan ayah pun dalam dunia ini mahu anak perempuannya dijadikan sebagai kain buruk. Masa baru pakai, masa buruk buang. Repair dulu, rosak repair lagi sampailah tak boleh guna langsung ibaratnya.

Tiada istilah aniaya isteri asalkan ibu tidak terluka. Mak saya ramai anak lelaki, jadi mak memang tak campur urusan rumahtangga mereka sebab mak selalu pesan, sebagai mertua jangan masuk campur urusan anak menantu.

Sebagai ibu, kita hanya perlu bagi pendapat apabila diminta. Campur tangan kita sebagai ibu hanya akan mengeruhkan lagi keadaan. Yang mok pegang-nak marah kena marah anak sendiri jangan marah anak orang. Bagi nasihat berkenaan hal rumahtangga anak hanya bila diminta. Selalu ingatkan anak untuk melayan isteri dengan baik. 

Saya sebagai anak perempuan pun mak pesan berpuluh kali supaya layan dan hormatkan suami. Biarkan anak menantu buat keputusan sendiri berkenaan hal rumahtangga.

Saya selalu tanya, kenapa mak sangat terbuka dalam hal macam ini. Sangat positif dan sangat bertolak ansur dengan anak menantu dan kadang-kadang mak lagi sokong apa yang menantu buat berbanding apa yang anak buat.

Mak cakap apa yang mak fikir tentang anak menantu mak akan terbalikkan pada diri mak sebab mak pun seorang isteri dan ibu. Apa yang mak nak cakap pada menantu, mak akan terbalikkan ayat itu pada diri mak dulu. Kena berhati-hati sebelum nak cakap apa-apa kerana hidup bukan hanya untuk diri mak sahaja, ianya berkait rapat dengan orang sekeliling.

Anak menangis-nangis, ternampak 2 buaian itu dihayun 'sesuatu'


KENINGAU, SABAH - Viral di media sosial rakaman video yang mendakwa dua buaian berayun sendiri, mencetuskan persoalan netizen, apakah ada 'sesuatu' yang sedang bermain buaian di taman permainan itu. 

Dalam kejadian yang berlaku di Taman Anggerik, Batu 28, Keningau itu, sumber mengatakan anak rakannya menangis-nangis apabila dibawa ke taman permainan itu. 

"Kawan saya bawa anak dia pergi ke playground di Taman Anggerik itu. Tetapi anak dia menangis-nangis. Dia pun pelik, terus dia bawa anaknya pulang semula ke kereta. 

"Dalam perjalanan pulang ke kereta, bila dia tengok taman permainan itu, dia ternampak buaian itu 'berguyang' (bergoyang) sendiri. 
"Cepat-cepat dia rakam dengan telefon bimbit dan saksikanlah sendiri," kata sumber. 

Pada awalnya ada segelintir netizen menganggap buaian itu bergerak sendiri kerana ditiup angin. Tambahan pula keadaan cuaca pada ketika itu mendung. 

Bagaimanapun, ramai yang mempersoalkan mengapa hanya dua buaian itu sahaja yang berayun sendiri, manakala empat lagi buaian di kiri kanannya langsung tidak terusik. Selain itu, momentum hayunan buaian tersebut tetap sama dan kelajuannya tidak berkurangan.


Video tersebut telah ditonton 601,000 kali oleh pengguna Facebook. - The Reporter

Bayi berusia 3 hari demam panas & sesak nafas selepas dipeluk cium bapa saudara baru selesai merokok

Baby Zara sesak nafas!

Ya Allah, janganlah sesiapa buat macam itu. Baby Zara lahir dengan sangat comel, sihat dan keluarga mereka sangat gembira dengan kehadiran anak ini. 

Selang tiga hari selepas kelahirannya, ada seorang saudara rapat datang melawat si ibu dan bayi. Tiada masalah nak melawat, tetapi apa yang menjadi masalahnya ialah apabila lelaki itu memeluk dan mencium baby Zara. 

"Sudahlah dia tak minta izin saya, dia dukung anak saya. Saya dapat hidup bau asap rokok di bajunya.." 

Allah, gelisah dan bertambah menggelabah Fara bila tiba-tiba perasan baby Zara demam panas, sesak nafas dan lemah. Baby Zara ditahan di wad pagi tadi. Doakan baby Zara dijauhkan dari sebarang kesakitan. 

Bakal ibu dan ayah, tolong ambil tahu 10 perkara pelik yang orang suka lakukan ketika melawat baby baru lahir. 

1. FIKIR KESELESAAN IBU

Ada sesetengah orang, bila dapat tahu saja ada saudara nak melahirkan anak, satu kapal turun ke hospital dan serbu si ibu. Sebab? Nak meraikan bayi yang baru lahir. 

Tak salah sebenarnya. Yang menjadi salah itu bila melepak lama-lama di tepi katil dengan ibu yang baru melahirkan bayinya. Punyalah ibu dia baru nak belajar menyusukan anak, nak belajar dukung bayi, dengan tak selesa sebab baru bersalin. Itu belum lagi ditambah dengan 'ahli bijak pandai' yang beri bermacam-macam idea dan cadangan. Sabaq, sabaq. 

2. CUCI TANGAN 

Ini ramai yang tak buat. Dia nampak tangan 'macam' bersih, jadi disentuhnya baby macam itu saja. Paling sedih bila ada yang bawa madu, siap suap-suapkan guna jari pada baby. Bertahnik katanya. 

Allah, banyak jenis kuman boleh dipindah masuk dalam badan baby disebabkan 'perangai' orang seperti ini. 

3. DEMAM BATUK PUN SIBUK MELAWAT BABY

Buat ibu yang nampak orang 'berpenyakit' datang nak melawat baby, cepat-cepat masuk bilik. Bagi alasan nak susukan anak. Jangan bagi orang itu datang bilik sebab nak cium sudah. Allah. 

4. MELAWAT IKUT SUKA MASA 

Ada yang melawat baby di waktu maghrib. Ada juga yang jenis tak tahu nak balik cepat dan siap melepak sampai makan malam pun di rumah itu. 

Ramai yang tak faham prinsip kasihankan orang. Sebetulnya telefon dulu tuan rumah sebelum datang melawat dan selepas melawat itu, seeloknya balik sebab ibu yang tengah berpantang ini tak boleh duduk lama-lama. Dia perlu baring untuk menyembuhkan luka bersalin. 

5. DIA RAKAM GAMBAR DEN UPLOAD PULAK!
Ini memang pantang bagi ibu yang baru melahirkan anak. Sudahlah gambar anaknya diambil sesuka hati tanpa keizinan dengan flash pula. Kemudian siap muat naik di Facebook dengan kapsyen,

"Teringinlah nak kahwin dan ada anak"

Kasihanilah ibu berpantang ini. Jangan bebankan mereka dengan perangai-perangai pelik. 

6. BERSIHKAN DIRI

Elak dekatkan diri dengan bayi sekiranya anda tidak bersih, baru pulang dari kerja, dibasahi peluh dan asap rokok. Asap rokok boleh menyebabkan bayi mudah dijangkiti penyakit berbanding orang dewasa. 

7. PERFUME 

Punyalah semangat nak jumpa baby, siapa ada yang pakai perfume satu botol. Habis wangi satu rumah.

Elakkan, ia bukan sahaja membuat orang sekeliling rasa tidak selesa, malah untuk bayi juga. Alkohol yang melekat pada baju tidak bagus untuk bayi sekiranya terkena pada kulit bayi. 

8. ORDER MAKANAN 

Jangan sesekali minta minuman, apatah lagi order makanan. Selalunya rumah orang berpantang ini sibuk dengan nak siapkan segala rawatan dan makanan untuk ibu berpantang. Jadi usah bebankan isi rumah dengan perangai anda. 

9. TENUNG IBU SEDANG MENYUSU

Haish! Ini memang pelik. Ibu nak menyusukan anak pun kena minta kebenaran. Sepatutnya orang yang melawat itu yang kena minta kebenaran untuk keluar dari bilik dan biarkan ibu menyusukan baby dia.

Ada juga pelawat yang jenis suka tenung bila ibu menyusukan anaknya. Siap tanya lagi, susu banyak ke tak?

10. PAKAR PERBIDANAN

Masa berpantang ini, macam-macam dugaanlah yang akan menyerang. Orang-orang biasa yang tak ada pengalaman bersalin pun siap nasihat macam-macam. Elakkan daripada menasihati ibu berpantang ini. Biarkan dia berehat. 

Buat ibu yang sedang berpantang, lalui tempoh berpantang tanpa stress. Kawal emosi. Share info ini jika anda sayang dan ingin wanita-wanita lain turut berjaga-jaga.

Dapatkan info kehamilan dan kelahiran di laman Facebook 9 Bulan 10 Hari.

Perkongsian ini mendapat kebenaran dari pemilik laman 9 bulan 10 hari. Anda dilarang 'copy paste' artikel ini tanpa kebenaran penulis asalnya. 

Baby berusia 20 hari demam panas 39'C selepas dilawat saudara mara yang tak sihat


Hai ibu-ibu, saya nak kongsi satu perkara yang kita harus ambil berat. 

Saya baru melahirkan baby perempuan pada Disember 2016. Syukur sangat-sangat dikurniakan anak. Semasa saya berpantang, memang ramai sangat saudara mara dan kawan-kawan yang datang melawat baby. Ya, mereka teruja nak jumpa/tengok baby. Takkan saya nak halang pula, kan? 

Tetapi saya perasan seorang saudara mara saya tidak berapa sihat datang melawat. Masa itu saya tak kisah sangat sebab tak pernah fikir apa-apa. Sehinggalah baby saya berusia 20 hari. Tiba-tiba badan baby panas. Saya ingatkan panas biasa, tetapi panas sampai ke malam dan tak surut. 

Saya periksa suhu badannya menggunakan termometer, nasib baiklah memang ada standby alat itu di rumah. Suhu badannya 39'C. Melompat dan menjerit saya panggil suami dan maklumkan anak demam pada suhu yang tinggi. Kami terus bawa anak pergi ke hospital.  

Pada mulanya saya fikir mungkin doktor hanya beri ubat dan boleh balik untuk dipantau di rumah. Sampai di hospital, doktor periksa dan sahkan suhu badan baby kami memang tinggi. Terus dimasukkan ke wad tanpa diambil darahnya. 

Doktor kata, perlu dimasukkan ke wad sebab baby baru lahir. Jarang baby baru lahir demam. Doktor juga nak periksa apa punca baby demam. Alahai, sudahlah saya dalam tempoh berpantang, baby pula kena admit. Redha sajalah demi kesihatan baby. 

Hari pertama, jururawat ambil darah anak saya dan masukkan tiub untuk on antibiotik. Baby kena x-ray dan macam-macam lagi yang mereka buat untuk mengetahui punca baby demam. Kasihan tengok baby kena ambil darah setiap hari. 
Setelah keputusan didapati, doktor maklumkan anak saya terkena jangkitan kuman di paru-paru dan ada sejenis kuman lagi yang mereka perlu selidik. Terduduk saya bila mendengar penjelasan doktor. Bayangkanlah baby yang masih kecil tetapi dah melalui pelbagai dugaan seperti ini. 

Macam-macam doktor jelaskan dan soal siasat saya seperti polis. Nah, doktor kata virus yang anak saya dapat berpunca dari orang lain. 

"Ada tak orang yang tak sihat datang melawat baby?" soal doktor. 

Terus saya teringat pada saudara saya tempoh hari yang datang melawat baby, dia memang tidak sihat pada hari itu. Ya Allah, dugaan apa ini? 

Sepanjang tempoh saya menjaga anak di hospital, macam-macam mereka buat pada baby. Tetapi saya redha dan tidak merungut pada jururawat atau doktor. Saya tahu itu tugas mereka untuk memastikan anak saya sihat. 

Dua minggu saya berkampung di hospital sampai demam dan anak saya sembuh sepenuhnya. Alhamdulillah, anak saya sihat dalam tempoh dua minggu tetapi masih perlu mendapatkan pemeriksaan susulan setiap minggu bagi memastikan tiada sebarang komplikasi yang lain pada anak. 

Saya nak tekankan di sini, kalau boleh elakkan terima tetamu semasa berpantang. Ya, saya faham ianya sukar dielakkan dan takkan nak halau atau halang mereka datang melawat? Tapi saya nak cakap kalau rasa diri itu tak sihat, tolong sangat-sangat jangan datang melawat baby yang baru lahir atau cium-cium baby.

Awak tahu tak, yang menanggung seksa azab sakit itu adalah baby yang baru lahir, yang baru nak kenal dunia. Jangan disebabkan awak, baby yang kena tanggung. Jangan pentingkan diri sendiri dan jangan terlalu teruja nak berjumpa dengan baby baru lahir.