Monday 20 March 2017

"Ampun Tak Buat Lagi.." Neelofa Rampas Telefon Bimbit Datuk Rosyam Nor

Tags

Neelofa Rampas Telefon Bimbit Datuk Rosyam Nor





Ini sememangnya perkara yang berlaku di belakang tabir pentas Maharaja lawak mega 2017.

Juri tetap Neelofa dikatakan telah merampas telefon bimbit Datuk Rosyam Nor sebelum bermulanya MLM 2017.

Datuk Rosyam Nor sendiri telah memuatnaik sekeping gambar bersama Neelofa yang sedang memegang dan memeriksa telefon bimbitnya setelah 'merampasnya'.

Ini caption Rosyam Nor:

"Salam semua. Maaf tadi silap info. Tu la main copy paste saje. Ampun ya lain kali tak buat lagi. Tapi yang ni betul. Lofa rampas telefon saya dan tengok ada tak awek lain mesej. Jeles la Lofa ni,"

Menurut Rosyam Nor, Neelofa telah merampas telefon bimbitnya itu kerana risau jika terdapat perempuan lain yang menghantar mesej kepadanya dan cemburu kerana dia asyik melihat phone saja.

Sebenarnya hubungan Rosyam Nor dan Neelofa memang baik di belakang pentas.

Sebelum ini, Rosyam ada juga menyakat Neelofa tentang gelang yang dipakainya Jumaat yang lalu.

Ini komennya tentang gelang tangan yang dipakai Neelofa:

"Lofa suka tak, kalau suka pakai kat luar nanti masa tidur pakai tau...jangan lupa tau.."

Memang suka bergurau Datuk Rosyam Nor.

Jom lihat foto di Ig Rosyam Nor :





EmoticonEmoticon