Saturday, 18 March 2017

Perkahwinan Gagal Diselamatkan, Adi Putra Fail Penceraian Terhadap Isteri Pertama, Aida Yusof

Tags

Perkahwinan Gagal Diselamatkan, Adi Putra Fail Penceraian Terhadap Isteri Pertama, Aida Yusof



Nampaknya nama pelakon Adi Putra sekali lagi mencuri perhatian umum.

Adi Putra terpalit dengan beberap kisah rumahtangganya termasuk berkahwin dua pada tahun 2016.

Dia juga dikatakan sedang berusaha untuk menyelamatkan rumah tangganya dengan perkahwinan pertama iaitu Aida Yusof.

Menurut laporan dari mStar, Adi Putra telah mendaftarkan permohonan untuk bercerai dengan isteri pertamanya Aida Yusof.

Pendaftaran penceraian itu telah dilakukan aktor berkenaan di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur bertarikh pada 3 Mac 2017.

Dari sumber, kes permohonan berkenaan akan disebut dalam masa terdekat.

Adi Putra berkahwin dengan AidaYusof pada 14 April 2006 dan sepanjang perkahwinan pasangan suami isteri ini tidak dikurniakan anak.

Melalui laporan dari mStar, Aida sering kali mengalami keguguran.

Walaubagaimanapun, Adi dan Aida telah mengambil seorang anak angkat iaitu Zara Adelia yang kini berusia lima tahun.

Untuk pengetahuan, Adi Putra pernah memfailkan perceraian terhadap Aida pada 11 Mei 2012 namun ia ditarik balik tidak lama kemudian.

Ketika itu, mereka berdua mengatakan mahu menyelesaikan masalah rumah tangga yang dihadapi dengan sebaik mungkin.


Adi Putra gagal dihubungi kerana sedang berada di Mekah ketika ini sibuk menguruskan jemaah mengerjakan umrah.


EmoticonEmoticon