Sunday, 19 March 2017

Suami Jihan Muse, Ungku Hariz Buat Kenyataan Media, Akui Terguris Hati

Tags

Suami Jihan Muse, Ungku Hariz Buat Kenyataan Media, Akui Terguris Hati



Suami kepada Jihan Muse iaitu pelakon Ungku Hariz akui berasa terguris dan terkilan dengan kata kata mulut orang di sekelilingnya.

Ini apabila ada pihak menuduhnya ditanggung oleh isterinya yang juga pengacara dan pelawak popular, Jihan Muse.

Ungku Hariz berkata dia sudah menjalankan tanggungjawab sebagai suami dengan baik terhadap isterinya itu.

Gosip panas ini muncul disebabkan Jihan dilihat lebih menonjol dalam bidang seni berbanding Ungku Hariz.

Ini komennya: (sumber: mStar)

"Saya manusia biasa dan tidak dapat lari daripada berasa terguris apabila mendengar gosip itu.


"Memang saya terkejut apabila ada orang kata hidup saya ditanggung isteri walaupun ia tidak benar.


"Pun begitu baik saya atau Jihan kami lebih tahu dan tidak perlu saya war-warkan apa yang saya sudah lakukan untuk isteri dan rumah tangga kami," 


"Faktor Jihan lebih menonjol mungkin menjadi faktor tetapi itu bukan satu masalah kepada saya kerana itu adalah rezeki isteri saya.

"Tetapi Alhamdulillah kami saling memberi semangat kerana sebelum berkahwin pun saya dan Jihan sudah berkawan lama dan tahu permulaan kami di mana," 


Untuk pengetahuan, Ungku Hariz dan Jihan mendirikan rumah tangga pada 20 Mac 2016.

Dalam perkembangan lain, Ungku Hariz berkata, dia dan Jihan bakal ke Eropah selama 45 hari bagi menjalani penggambaran drama bersiri Biniku Ninja untuk siaran Astro Oasis.




EmoticonEmoticon