Monday, 20 March 2017

Luahan Hati Kamal Adli Setelah Dituduh Belum Sedia Kahwini Emma Maembong

Tags

Luahan Hati Kamal Adli Setelah Dituduh Belum Sedia Kahwini Emma Maembong



Masuk tahun ini, sudah hampir tiga tahun Kamal Adli bercinta dengan pelakon Emma Maembong.

Baru-baru ini ada laporan mengatakan Kamal Adli tak bersedia nikahi Emma Maembong, kini akhirnya pelakon ini akui sudah bersedia untuk memperisterikan kekasihnya itu.

Namun baginya, masih belum ada waktu yang tepat buat mereka berdua.


Ini komennya:


DAH SEDIA

"Jika ikutkan hati, saya sudah lama bersedia untuk berkahwin. Namun saya menyerahkan soal jodoh kepada Yang Maha Esa. Saya bersyukur keluarga juga tidak pernah memberikan sebarang tekanan berhubung soal itu,"

HUBUNGAN MATANG

"Kami menjalinkan hubungan yang matang dan tiada sorok-sorok. Jika ada jodoh, kami menerimanya. Cuma, kami rasa lebih selesa andai perhubungan ini kurang menjadi bualan ramai.

"Apatah lagi ada segelintir pihak yang suka membandingkan pasangan pelakon lain dengan kami. Takut nanti dibenci orang,"

BUKA MATA

"Alhamdullilah sepanjang berkawan rapat dengan Emma, dia membuka mata saya untuk menjadi lelaki yang bersyukur dan menghargai kehadiran pasangan kita. Janganlah pada awal perkenalan saja kita bersungguh-sungguh cuba mengambil hati dan selepas berada di zon selesa, kita mengabaikannya. Itulah diri saya sebelum ini,"

HARGAI PASANGAN

"Percayalah, jika seorang lelaki sentiasa menghargai dan prihatin terhadap pasangannya, si dia takkan meninggalkannya, malah dia lebih yakin bahawa lelaki yang berjaya mencuri hatinya itu calon terbaik untuk menjadi suaminya,”

Itulah sedikit luahan hati Kamal Adli.


EmoticonEmoticon