Sunday, 26 March 2017

"Memang Betul Johan As'ari Datang Bilik Hotel Saya Pukul 3 Pagi" - Pendedahan Seorang Wanita

Tags

"Memang Betul Johan As'ari Datang Bilik Hotel Saya Pukul 3 Pagi" - Pendedahan Seorang Wanita



Melalui laporan portal mStar, seorang penyanyi baru mengesahkan Johan As'ari ada datang ke biliknya pada pukul 3 pagi di sebuah hotel February lalu.

Gadis berkenaan, Aishah Bujang akui perkara berkenaan tetapi dia hanya berborak kosong dengan aktor Johan As'ari dalam bilik hotel pada pukul 3 pagi.

Katanya, sewaktu itu mereka berdua bersama-sama terlibat dalam sebuah event hiburan di negara jiran, Singapura.

Tambahnya, Johan datang ke biliknya selepas acara berkenaan untuk berborak dan berkenalan dengan lebih rapat.

Namun begitu, dia juga ditemani beberapa rakan lain dan bukan berdua-duan dalam satu bilik.

Ini komennya:


DATANG KE BILIK SELEPAS JAM 12 TGHMLM

"Ya memang betul Johan datang bilik saya selepas acara itu habis pukul 12 malam dan kami keluar makan lewat malam sekali beramai-ramai, kemudian dia datang bilik saya untuk berborak-borak.

"Tapi bukanlah saya dan dia sahaja dalam bilik itu, ada rakan lain juga. Lagi pula saya pastikan pintu bilik terbuka semasa dia ada,"


PERTAMA KALI JUMPA JOHAN

"Saya tidak pernah kenal Johan sebelum ini, jadi banyak cerita yang kami ingin kongsi dan saya pula kaki borak.

"Dia seorang yang baik dan tidak sombong biarpun sudah ada nama besar dalam industri," ujarnya.

"Saya takut orang salah anggap dan jika Johan ada kekasih tentu akan menimbulkan rasa tidak senang. Saya sendiri tidak tahu dia ada kekasih atau tidak ketika kami berkenalan.

"Saya akui ada bertukar-tukar nombor telefon, tapi tidaklah sampai sudah ada hubungan istimewa buat masa ini,"



EmoticonEmoticon