Sunday 26 February 2017

Sayu : Orang tak rasa apa kami rasa boleh lah cakap .. Seminggu berlalu apa sebenar nya berlaku ni ? (5Gambar)

Tags

PERMAS JAYA : Amat perit untuk kami terima semua ni, orang lain tak rasa apa yang kami rasa kami tidak tahu apa sebenarnya berlaku sekarang.

“Saya cuma mahu tahu status kes ini dan pembelaan setimpal terhadap apa yang menimpa anak saya” kata Amir Omar, 47, bapa kepada salah seorang mangsa tragedi rempuhan basikal, Mohamad Azhar Amir, 16, di Jalan Lingkaran Dalam, di sini, 18 Februari lalu.

Menurutnya, sehingga kini dia masih belum menerima sebarang maklum balas daripada polis berhubung siasatan mengenai kemalangan yang menimpa anaknya itu.

Katanya, perasaan tersebut semakin merunsingkan apabila pemandu yang bertanggungjawab merempuh anaknya dan beberapa penunggang lain telah dibebaskan sehari selepas kejadian.



“Saya cuma mahu tahu apa perjalanan kes dan menuntut pembelaan terhadap kematian anak saya kerana mungkin beberapa perkara masih belum jelas dan perlukan jawapan daripada semua itu.

“Kami ini memang tidak pandai tetapi kami tahu juga undang-undang dan benda kalau dah melibatkan nyawa takkan tiada pembelaan yang setimpal,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Senibong, di sini, semalam.

Amir berkata, sejak berlakunya tragedi itu, keluarganya sering menerima tohmahan negatif daripada pelbagai pihak khususnya di media sosial.

“Saya menerima pelbagai kritikan dalam media sosial yang mengatakan saya tidak pandai jaga anak. Saya nak tanya, ibu bapa mana yang tidak sayang anak?

“Macam-macam saya dengar cerita tentang perkara yang berlaku ini, jadi dengan adanya bantuan pihak berkuasa dapat jawab apa sebenarnya yang berlaku dan terangkan kepada orang ramai mengenai hal ini.

Tambahnya, dia tidak mahu memperbesarkan perkara ini, sebaliknya hanya mahu menuntut penjelasan sahaja.

Terdahulu,kemalangan yang berlaku di Jalan Lingkaran Dalam itu menyaksikan lapan remaja maut, manakala empat lagi cedera selepas dipercayai dirempuh oleh sebuah kereta yang dipandu seorang wanita kira-kira jam 3 pagi.

Bagaimanapun, wanita berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis sehari selepas kejadian setelah  memberi keterangan berhubung kejadian tersebut.

Semoga keluarga ini dan 7 lagi keluarga yang kehilangan anak tersayang dalam tragedi tragis tersebut tabah.


EmoticonEmoticon