Hina PM Malaysia, Juri MLM2017 Najip Ali Disingkirkan, Tukar Orang Lain
Najip Ali telah disingkirkan dari pentas Maharaja Lawak Mega sebagai juri apabila mempersendakan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dalam sebuah rancangan hiburan terbitan saluran televisyen Singapura.
Tempat Najip Ali sebagai juri ditamatkan dan akan diganti dengan selebriti lain bermula Jumaat ini.
Pengganti Najip Ali itu masih belum dipastikan lagi dan akan menjadi keutan Jumaat ini.
Pada 29 Mac lalu, saluran televisyen Channel 5 terbitan Mediacorp Singapura menyiarkan racangan hiburan "OK Chope" yang memerlukan pesertanya melengkapkan tajuk berita berkaitan Najib.
Peserta rancangan itu termasuk Najip Ali mengambil peluang mengisi tempat kosong dengan ayat mempersendakan Perdana Menteri Malaysia.
Dalam satu kenyataan lain, Kementerian Luar memandang serius komen negatif yang disiarkan dalam rancangan itu dan berharap perkara sama tidak lagi berulang pada masa hadapan.
Hmm itulah padahnya apabila mempersenda PM Najib Razak.
Selain Najip Ali, juri tetap MLM2017 ialah Rosyam Nor, Luna Maya dan Neelofa.
EmoticonEmoticon