KUANTAN : Kehilangan keluarga akibat kecuaian diri sendiri amat lah perit untuk hadapi, dia tak mintak perkara ini berlaku namun sudah kententuan disebabkan kecuaian diri nya memandu yang mengakibatkan kemalangan adik nya telah dijemput ilahi.
Perjalanan pulang ke rumah bertukar tragedi buat tiga beradik apabila seorang daripadanya maut selepas kereta Proton Saga dinaiki, kemalangan di Jalan Kuantan-Pekan, dekat Kampung Semangat, di sini kelmarin.
Ketika kejadian pada jam 10 malam itu, Siti Nur Hidayah Mahadzir, 20, dari Taman Seri Inderapura, di sini, meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketika kejadian pada jam 10 malam itu, Siti Nur Hidayah Mahadzir, 20, dari Taman Seri Inderapura, di sini, meninggal dunia di tempat kejadian.
Siti LuvveAii - Dayah.. setiap kali tengok gmbar ni.. mesti aku ingat blog 5IH. Gambar ni jugak. Aku amik dlm blog kite tu.. rindu sangat.. kami doakan kau tenang di sana.. maaf xdpt jumpa jasad kau buat kali terakhir.. nnti aku pergi ziarah kau okay? Aku ajak kekawan kite yg laen.. bye dayah..selamat tinggal Siti Nur Hidayah Bt Mahadzir al-fatihah untuk beliau. Takziah untuk keluarga dan sahabat handai termasuk aku.
Kakak mangsa, Siti Radhiah, 23, cedera di badan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, manakala adiknya, Muhammad Kamaruddin, 17, retak tulang kaki kiri.
Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Pahang Superintendan, Mohd Noor Yusuf Ali berkata, siasatan awal mendapati, kereta dipandu kakak mangsa menghala ke bandar ini dari Pekan dipercayai hilang kawalan dan melanggar pengadang jalan, lalu terbalik.
“Mangsa (Siti Nur Hidayah) masih menuntut di UiTM Segamat, Johor manakala Siti Radhiah menuntut di Uniten di Muadzam Shah, Rompin dan Muhamad Kamaruddin merupakan pelajar Sekolah Menengah Vokasional, di sini.
“Sampel darah dan air kencing pemandu dan penumpang hadapan akan diambil untuk ujian toksikologi di Jabatan Kimia,” katanya.
EmoticonEmoticon