Sunday, 26 February 2017

Sayu : Hud sudah tiada ... Dia dijemput ajal motosikal dirempuh kereta Honda Civic warga emas 62 tahun (6Gambar)

Tags

JEMPOL : Hud insan yang sangat baik dalam usia muda dia setiasa menjaga diri nya dari perkara-perkara yang tidak baik ini di tulis melalui laman sosial nya.
Hud mempunyai ramai insan-insan yang baik bersama nya yang turut merasai permergian nya.
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera semua .
Hari tok kmk nerimak berita tentang pemergian seorang insan yang kmk kenali bernama AHMAD HUD B SHUHAIRI . Sik dapat di bayang gik dah gne perasaan aku bila nerimak berita gitok . Trus aku check dm instagram .
Ya Allah , maafkan abang if sikdapat jumpa Hud seperti yang dijanjikan .
Abang tauk , Hud tenang disana , sebab apa yang Hud padah kat abg masih abang simpan .
Kita dah janji mok jumpa d KL bulan 2 . Tapi abg sik sempat mok jumpa Hud , Allah swt lebih sayangkan Hud .
Thank you Hud sebab selalu ambik advice abang , and even kita guro , even kita bertego , even kita sama2 susah , pasya meluah sambil menasihati sesama drik . Paling deep bila Hud kenak tarit telinga oleh abang . Asal jumpa confirm kenak . I love the way you respect the others also .
Thank you Hud coz tumpang gembira dengan kejayaan abang before tok even after abang kerja , abang kurang masa jumpa Hud and the gangs . Selalu abang pesan untuk jaga dirik , abang selalu pikir yang abang akan pergi dolok dari ktk org semua . Namun abang tetap pasrah and redha . Allah swt lebih sayangkan Hud . Sikkan abang lupak gine kita jumpa di JT ACADEMY . No wonder Hud padah sikkan datang Sarawak agik .
Gonna miss you Hud , bersemadilah dengan aman dengan iringan doa abang .
ALFATIHAH AHMAD HUD B SHUHAIRI . -Kelana Akira Abdullah



Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun maut apabila motosikal dinaikinya dirempuh sebuah kereta jenis Honda Civic yang dipandu oleh seorang wanita warga emas di Kilometer 35 Jalan Bahau - Keratong di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.15 petang itu, mangsa, Ahmad Hud Shuhairi maut di tempat kejadian, manakala rakannya, Ahmad Syahmi Iman Suhaimi, 19, yang turut menaiki motosikal itu mengalami kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd.
Noor berkata, Ahmad Hud berasal dari Desa Bestari Sepang, Selangor, manakala Ahmad Syahmi Iman berasal dari Taman Setia Jaya, Kuala Lipis, Pahang.
"Pemandu Honda Civic itu seorang wanita berusia 62 tahun dan merupakan pesara kerajaan serta penumpang kereta itu iaitu seorang lelaki berusia 75 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Semakan mendapati Honda Civic itu mempunyai satu saman lampau kerana dipandu laju, manakala semakan ke atas motosikal itu tiada saman lampau," katanya kepada pemberita hari ini.
Noorzainy berkata, siasatan awal polis mendapati kemalangan itu berlaku apabila kereta dipandu wanita warga emas berkenaan termasuk ke laluan bertentangan sewaktu tiba di lokasi kejadian.
Kata beliau, kejadian itu menyebabkan salah seorang remaja terbabit maut di tempat kejadian, manakala kereta tersebut terbabas ke bahu kiri jalan berkenaan.
"Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. Al fatihah 


EmoticonEmoticon