Saturday, 25 February 2017

Sayu : Ary kuat lah .. Dia kini kritikal bertarung nyawa kanser ovari tahap empat dah merebak ke otak (4Gambar)

Tags

KUALA LUMPUR : Hanya mampu berdoa sudah 1 minggu Ary tidak sedarkan diri kini bertarung nyawa di Hospital tumor nya kini merebak dikepala.
Pelakon dan personaliti televisyen, Nurita Maliha Aryanee Malik atau lebih dikenali dengan nama Ary Malik kini berada dalam kritikal ekoran kanser ovari tahap empat.
Menurut suaminya, Shahrul Nizam Shaharuddin, 46, penyakit itu mula dikesan sejak setahun yang lalu dan sudah menjalani pembedahan pada bulan Mei tahun lalu di Hospital Tunku Mizan, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
“Pada mulanya kami menyangka ada ketumbuhan biasa di bahagian perut tetapi selepas pembedahan, baru dapat tahu bahawa Ary mempunyai kanser.
Keluarga Ary suami dan 3 anak nya 


“Kemudian, Ary dibawa ke Hospital Ampang kerana keadaannya yang semakin lemah dan selepas dua hari di sana, dia tidak sedarkan diri,” katanya yang sudah seminggu berada di hospital.
Tambahnya lagi, doktor menjangkakan tumor yang dihadapi oleh Ary kini sudah merebak ke kepala yang keadaannya sudah semakin kritikal.
Menerima berita itu dengan tenang, jelas Shahrul, anak-anaknya juga nampak memahami dengan keadaan yang berlaku sekarang.
“Zoe nampak matang dalam situasi ini kerana dia tahu apa yang sedang berlaku.
“Pelangi lebih banyak meluahkan perasaan menerusi lukisan sambil menjelaskan apa yang berlaku kepada Ratu,” katanya. 


EmoticonEmoticon