Monday, 24 April 2017

(11 FOTO) Ketiak Basah, Baju Lengan Pendek Neelofa Di AME2017 Dikecam Hebat, Ini Responnya

(11 FOTO) Baju Lengan Pendek Neelofa Di AME2017 Dikecam Hebat, Ini Responnya


Hari Ahad yang lalu Anugerah MeleTop Era 2017 berlangsung dengan meriah sekali.

Pengacaranya ialah Neelofa, Nabil dan Johan Raja Lawak.

Neelofa telah mencuri tumpuan apabila hanya memakai baju dengan lengan pendek sekaligus mengelirukan ramai penonton termasuk peminatnya.

Ada yang mengecam hebat pemakaian Neelofa itu yang dikatakan tidak sesuai dan tak cantik.

Padanan T-Shirt lengan pendek dan skirt labuh itu nampak serba tidak kena.

Baju ini merupakan rekaan Fizi Woo yang bertemakan young and chic.

Ini komen Neelofa: (MediaHiburan)

"Ketika saya menghadiri salah satu pertunjukan fesyen di Paris, ini adalah antara koleksi dari Dior.

"Saya memang sukakan baju ini kerana ia menepati apa yang saya mahukan.

"Saya tahu gabungan casual and glam belum ada yang buat sebab kita sudah biasa dihidangkan dengan busana yang lip lap (berkilauan) dan glamour.

"Jadi saya gayakan sesuatu yang unexpected dan saya terima apa sahaja orang komen.

"Apa yang penting, saya suka dan saya happy,"


Sebelum ini, Neelofa pernah dua kali menjadi viral apabila mengenakan baju seperti Power Ranger dan juga seperti sotong.

Selain itu, ada juga yang bergurau bahawa ketiak Neelofa basah. Neelofa dengan secara terbuka akui ketiaknya dan juga Nabil memang basah ketika mengacarakan majlis tersebut.

"Nabil suka kacau, so Lofa buli dia balik, ketiak kami memang basah"

Pada AME tahun ini, Neelofa berjaya memenangi Hos MeleTOP dan Program MeleTOP serta memenangi kategori utama iaitu Top Top MeleTOP (Wanita).

Ini baju Neelofa pada malam itu:











Isu Hina Nama Ayah Watson Nyambek Bunyi Kambing, Ini Respon Zed Zaidi

Isu Hina Nama Ayah Watson Nyambek Bunyi Kambing, Ini Respon Zed Zaidi



Memang mengejutkan ramai apabila pengacara Ammar Titan yang mempersendakan nama bapa bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek dengan bunyi kambing.

Ramai yang tertanya-tanya apa tindakan dari Persatuan Seniman Malaysia yang diterajui oleh Zed Zaidi.

Hari ini, Zed Zaidi tampil meberi respon dan berhasrat mengambil tindakan terhadap artis itu.

Pihak Seniman akan menyiasat perkara berkenaan dan tindakan disiplin akan diambil sekirannya Ammar merupakan ahli persatuan itu.

Ini komen Zed Zaidi:

"Saya telah mengarahkan pengerusi biro dari persatuan Seniman Malaysia supaya menyiasat pekara ini.

"Sekirannya anda (Ammar) ahli Seniman hukuman dan tindakan disiplin akan menyusuli, segalanya akan bergantung kepada siasatan nanti,"


"Saya percaya pengacara tersebut juga akan terasa apabila nama bapanya dipermainkan atau dihina apatah lagi bila orang tuanya itu sudah tiada, apakah perasaan anda ketika itu?


"Anda juga memperlekehkan nama bapa perlumba negara dengan bunyikan suara haiwan dan dari sudut persepsi masyarakat anda menyamakan bapa pelumba tersebut sebagai seekor haiwan.


"Adakah itu cara stesen TV mengajar anda untuk berbuat demikian apabila di kaca TV atau di radio? adakah ini di panggil professional menggunakan lawak bagi sebuah penghinaan dan tidak memikirkan sensitiviti rakyat Malaysia?"


"Segala permohonan maaf yang dilakukan oleh pihak stesen TV dan dari anda sendiri tidak cukup untuk membetulkan kembali imej dan kredibiliti pelumba negara tersebut.


"Anda pasti tahu... membina nama yang baik mengambil masa selama 20 tahun dan merosakkannya, hanya mengambil satu minit dan ia benar-benar memalukan,"



Watson Nyambek ternyata kecewa dan tersinggung dengan lawak yang dibuat oleh Ammar titan itu apatah lagi bapanya telah meninggal dunia tiga tahun lalu.

Watson dikatakan akan meneruskan hajat mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkenaan.


Sunday, 23 April 2017

"Syukur...Dapat Anak Lelaki" - Ini Foto Baby Kedua Yusry KRU Dan Lisa Surihani

"Alhamdulillah Dapat Anak Lelaki" - Ini Foto Baby Kedua Yusry KRU Dan Lisa Surihani 



Tahniah diucapkan kepada Yusry KRU dan juga Lisa Surihani apabila selamat menimang cahaya mata kedua semalam.

Lisa Surihani selamat melahirkan anak lelaki semalam dengan lancar dan kedua-dua mereka dalam keadaan sihat walafiat.

Yusry telah memuatnaik foto pertama anak keduanya itu di laman sosial dan melahirkan kesyukuran dengan anak lelakinya itu.

Ini komen Yusry:

Alhamdulillah. Lisa dah selamat melahirkan baby boy pagi tadi. Syukur Alhamdulillah

Ini fotonya:


Para peminat dilihat mengucapkan ucapan tahniah kepada Lisa dan Yusry di atas kelahiran anak kedua mereka berdua. Memang comel belaka.

Tahniah diucapkan kepada pasangan ini. Semoga Lisa Surihani dan Yusry berbahagia dengan anak-anak tersayang.

.....................................

Most Important Thing For Newborn Care: Spend Time With Your Baby And Tolerance.

The most important thing you can do is simply spend time with your baby.

Parent-infant bonding is very important for early relationship.
The time you can just be with your infant is valuable.

Along with time, you will need to have some tolerance for you and your new creation to get to know one another.

If this is your first time being a mother/father and your son or daughter, please be kind and gentle with yourselves.

Allow for new experience, learnnew stuff, experimentation and mutual tolerance. Give yourself time to learn and grow into the role.

Inilah Luahan Hati Julia Perez Yang Kini Sedang Tenat Akibat Kanser Tahap 4

Inilah Luahan Hati Julia Perez Yang Kini Sedang Tenat Akibat Kanser Tahap 4


Pelakon Indonesia, Julia Perez ketika ini sedang berjuang dengan penyakitnya iaitu Kanser Serviks tahap 4.

Sebelum ini, Julia Perez ada memberitahu pihak media dan meluahkan perasaannya apabila dia disahkan menghidap penyakit kanser.

Katanya, penyakit ini disebabkan virus yang boleh didapati ketika kencing di toilet awam yang kotor.

Jom baca luahan Julia Perez:

"Penyakit ini boleh didapati di toilet jika kencing secara sebarangan"

"Virus ini juga berasal dari suami,jadi saya sarankan kepada suami jangan 'main perempuan' di luar, kasihan kami para isteri"

“Itulah sebenarnya yang membawa penyakit itu datang menghancurkan hidup saya”

"Banyak faktor dari wanita yang sudah hamil juga. Faktor utama itu dari psikologis."

"Penyakit ini tidak menular dengan berkucupan, berpelukan, atau bertukar pakaian, jadi jangan dijauhi. Cari doktor sebanyak mungkin,"

Semoga Julia Perez yang lebih dikenali sebagai Jupe berjuang sehabisnya untuk merawat penyakit ini.

Para peminat dilihat sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Jupe.

.............................................
CERVICAL CANCER

Cervical cancer occurs when the are abnormal cells (cancer cell) that grow on the cervix.

Cervix is the lower part of the uterus of a women.

Cervical cancer can often be successfully treated if it is found early.

Usually the cervical cancer is found at a very early stage through a Pap test.

Human papillomavirus (HPV) infection is one of the factor for cervical cancer. The infection can cause abnormal growth of cervical cell.

Not all women with an HPV infection will develop cervical cancer.

Pap test is the best way to detect abnormal changes to the cervix before they develop into cancer. It takes several years for cervical cancer to develop.

The first signs may be abnormal bleeding, spotting, or watery discharge from the vagina.

It also disturb the menstrual flow as it may be heavier than usual.

Pelvic pain, problems urinating, and swollen legs are the sign for advance stage of cevical cancer as it is spread to another organ.


Saturday, 22 April 2017

Komen Mengejutkan Anzalna Tentang Ibu Mertuanya

Komen Mengejutkan Anzalna Tentang Ibu Mertuanya



Pelakon Anzalna baru-baru ini menjadi tumpuan apabila mendedahkan suaminya tidak cerewet dalam bab makanan.

Malah kalau masak nasi putih beserta telur goreng dan kicap pun suaminya, Hanif Zaki akan makan sahaja tanpa banyak mengeluh.

Selain itu, Anzalna juga mendedahkan bahawa hubungannya dengan ibu mertua amat baik.

Bagi pelakon ini, kehidupan mereka berdua sebagai suami isteri banyak dipermudahkan dengan bantuan ibu mertua yang banyak memahami.

Menjadi menantu perempuan tunggal dalam keluarga itu, ibu mertua banyak membantu dalam urusan seharian.

Ini komen Anzalna tentang ibu mertuanya:(MalayMailOnline)

“Ibu mertua saya buat segalanya untuk saya malah baju saya pun dia cuci. Dia sangat baik. 

“Dia sayang saya. Apa pun dia panggil Anzalna. Saya seorang pun menantu perempuan. 

“Ibu mertua saya tidak menyusahkan. Dia seperti mak sebenar saya. Masak pun dia panggil datang makan,” 

Memang untung Anzalna dapat ibu mertua baik macam tu.  Hubungan yang amat rapat antara seorang ibu mertua dan juga menantu.

Sememangnya hubungan seperti inilah yang patut dijadikan contoh oleh orag ramai di luar sana.

Ini Respon Balas Shikin Maembong Tentang Isu Chef Wan Mengamuk Dengan Chef Riz

Ini Respon Balas Shikin Maembong Tentang Isu Kemarahan Chef Wan Kepada Chef Riz


Baru-baru ini Chef Wan akui telah memarahi anaknya Chef Riz sehingga sudah setahun tidak bercakap dengan anaknya itu.

Chef Wan memarahinya kerana Chef Riz dikatakan menzalimi bekas menantunya iaitu Shikin Maembong.

Baca kenyataan dari Chef Wan tentang hal ini (DI SINI)

Ekoran itu, Shikin Maembong, bekas isteri Chef Riz telah tampil memberi respon tentang hal ini.

Jom baca komennya:

Chef Wan yes, honestly i sangat terharu dengan kasih sayang yang papa berikan kepada kami. 

Even I hanya lah bekas menantu, tapi papa tak pernah bezakan itu

Kasih sayang papa to me & Ariana tiada bandingnya, papa really honest, bertanggungjawab & tegas for our own good

I am so grateful ada papa yang sedia dengar and bagi nasihat to me untuk besarkan Ariana in a proper life

You are the best father in law i ever had. We love u so much 

Nampaknya kakak kepada Emma Maembong ini akui Chef Wan merupakan seorang bapa mertua yang amat baik.

Sememangnya ini membuktikan Chef Wan seorang yang amat penyayang dan amat tegas jika berkaitan isu tanggungjawab dan juga hak para wanita.

Untuk pengetahuan, Shikin dan Chef Riz telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2014 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Arianna Natasy.

Friday, 21 April 2017

"Reputasi Tercalar..Saya Terkilan, Kecewa Dengan Dato Seri Vida.." - Pendedahan Roslan Shah

"Reputasi Tercalar..Saya Terkilan, Kecewa Dengan Dato Seri Vida.." - Pendedahan Roslan Shah





Roslan Shah telah meluahkan rasa kecewa dengan Datuk Seri Hasmiza Othman atau nama glamornya Dato Seri Vida.

Perkara ini berlaku apabila pengasas produk kecantikan Qu Puteh itu tidak datang ke satu majlis yang Roslan Shah anjurkan.

Dato Seri Vida telah membatalkan kehadirannya di saat-saat akhir pada majlis yang bakal berlangsung di Singapura akhir bulan ini.

Perkara berkenaan telah menjejaskan reputasi dan nama baik Roslan Shah kepada pihak penganjur dari Singapore.

Sepatutnya, Datuk Vida akan  hadir ke majlis 'The Grand Wedding Expo' di Singapore untuk memberi ceramah pada hujung bulan April ini.

Ini komen Roslan Shah yang terkilan:

"Saya terkilan kerana iklan dan poster yang menguar-uarkan tentang kehadiran Datuk Vida pada majlis itu sudah pun dinaikkan.

"Malah, saya sudah pun mengatur sesi promosi dan temuramah dengan sebuah radio di sana pada 29 April ini. Apa yang saya kecewa dia tidak menjawab mesej dan telefon saya untuk menjelaskan situasi berkenaan untuk saya terangkan kepada penganjur,"


"Kami tiada perjanjian hitam dan putih tapi saya ada mesej-mesej dia sebagai bukti yang dia sudah berjanji untuk datang. Saya tiada niat memburukkan dia tapi sebagai kawan lama yang mengenalinya sejak lebih lapan tahun, saya rasa sungguh sedih.

"Pihak penganjur pastinya memberi tanggapan buruk kepada saya selepas ini,"


Sumber: mStar